Sign In

Archives

Taklimat bagi Program Induksi Perkhidmatan Awam Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

​5 Mac 2024 – Beberapa pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri yang diadakan di Institut Perkhidmatan Awam.

Program Generasi Berwawasan: Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Daerah Brunei dan Muara

​2 Mac 2024 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri meneruskan lagi pemberigaan bagi Program Generasi Berwawasan di Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Daerah Brunei dan Muara.

Program Generasi Berwawasan: Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Daerah Belait

29 Februari 2024 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program Generasi Berwawasan kepada penuntut-penuntut sekolah dan para belia di keempat-empat daerah bagi menyemarakkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 dengan tema “Bersatu Mencapai Cita Negara".

Taklimat bagi Kursus Induksi Perkhidmatan Awam bagi Jabatan Daerah Brunei dan Muara

26 Februari 2024 – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai Wawasan Negara, seramai 57  orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan Daerah Brunei dan Muara menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri.

Taklimat bagi Seminar “Brunei Digital Libraries: Where are we now?"

19 Februari 2024 - Sempena ulang tahun Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam ke-38, Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri  berkesempatan untuk menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 semasa seminar “Brunei Digital Libraries: Where are we now?" di Ruang Bicara Minda, Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Taklimat bagi Kuliah Melayu Islam Beraja (MIB) bagi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

​14 Februari 2024 - Seramai lebih 300 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di Dewan Jubli, UNISSA. Taklimat tersebut merupakan sesi kuliah khas bagi kursus Melayu Islam Beraja (MIB) yang dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama bagi sesi semester 2 sesi 2023/2024.

Kursus Induksi Perkhidmatan Awam bagi Kementerian Pertahanan

​5 Februari 2024 - Pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pertahanan menghadiri taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Taklimat ini adalah sebahagian daripada Kursus Induksi Kementerian Pertahanan yang diadakan di Dewan Auditorium, Bangunan Pendidikan Sekuriti, Cawangan Sekuriti Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Taklimat bagi Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu Tahun 2024

​<br><br>25 Januari 2024 - Seramai 125 orang tenaga pengajar yang baharu telah didedahkan mengenai Wawasan Negara semasa taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada sesi Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu 2024 yang diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan.

Taklimat bagi Hari Terbuka Perpustakaan UBD

16 Januari 2024 - Sempena Hari Terbuka Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 di Ruang Bicara Minda, Bangunan Utama Perpustakaan, UBD. Taklimat dihadiri oleh para mahasiswa, pensyarah-pensyarah, pegawai dan kakitangan UBD berserta pelajar-pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)

8 Januari 2024 - Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan melalui Kursus Induksi yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Taklimat daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri dihadiri seramai 135 pegawai dan kakitangan dalam Bahagian II, III, IV dan V yang baru berkhidmat di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Taklimat bagi Program Sivik

13 Disember 2023 - Dalam meningkatkan pengetahuan belia mengenai pembangunan negara, seramai 39 peserta Program Sivik menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Taklimat Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Tahun 2023

28 November 2023 - Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Tahun 2023, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dijemput oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) untuk menyampaikan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada beberapa sekolah di Bankuet Hall, Bangunan Majlis Mesyuarat Negara. Ianya dikendalikan sebagai persediaan pelajar-pelajar bagi sesi perbincangan mengenai forum “Voices of Children&quot; yang bertemakan Penyertaan, untuk setiap kanak-kanak atau Inclusion, for every child.

Lawatan daripada peserta Bengkel ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM)

21 November 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima lawatan daripada peserta-peserta Bengkel ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) on Workforce Planning Analytics in the Public Sector. Peserta yang terdiri daripada 34 pegawai pengurusan pertengahan Bahagian II dari negara anggota ASEAN termasuk Negara Brunei Darussalam dan Timor Leste, serta Sekretariat ASEAN berpeluang mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 di East Wing 1, JPM.

Taklimat bagi Sekolah Menengah Sayyidina Husain

20 November 2023 – Dengan tujuan untuk melahirkan generasi berwawasan, taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) diberigakan kepada penuntut-penuntut Tahun 10 dan Tahun 11 dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain yang berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan. Ianya merupakan sebahagian daripada program Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Penerangan, JPM.

Wawasan Brunei 2035 sertai Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali Ke-30

31 Oktober 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta Kerabat Diraja berkenan berangkat ke pameran Wawasan Brunei 2035 semasa Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali Ke-30 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)

​1 November 2023 - Seramai 70 peserta Program Induksi dari beberapa Kementerian dan Jabatan berpeluang mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Taklimat bagi Kursus Induksi Kementerian Pembangunan

26 Oktober 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus memberigakan Wawasan Brunei 2035 melalui Kursus Induksi anjuran Kementerian Pembangunan kepada seramai 37 pegawai dan kakitangan dari Bahagian II dan III yang baru berkhidmat di Kementerian berkenaan.

Lawatan Sambil Belajar Daripada Programme Master Of Management, UBD School Of Business and Economics

​21 Oktober 2023 - Seramai 22 pelajar dan pensyarah Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bilik 1, East Wing, JPM.

Wawasan Brunei 2035 sertai One Planning Day

11 Oktober 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengambil bahagian dalam acara One Planning Day yang bertemakan &#39;Building Bridges: Connecting our Communities&#39;, anjuran Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) dan dikendalikan bersama Brunei LNG Sendirian Berhad (Brunei LNG), Brunei Shell Marketing Company Sendirian Berhad (BSM), dan Brunei Gas Carriers Sendirian Berhad (BGC). Antara objektif One Planning Day adalah untuk memperkukuhkan Planning Community di bawah Brunei Shell Joint Ventures Companies (BSJV) dengan menghimpunkan rangkaian para perancang sebagai Skillpool yang diiktiraf untuk menghasilkan pelan yang bersepadu dan meningkatkan kestabilan dalam pelaksanaan.

Taklimat bagi Kursus Induksi Radio Televsiyen Brunei

​9 Oktober 2023 - Taklimat mengenai hala tuju Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus diberigakan kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Radio Televisyen Brunei (RTB), JPM.

Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)

​4 Okt 2023 – Pemberigaan Wawasan Brunei 2035 diteruskan melalui Kursus Induksi yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Lawatan dari Program Pembangunan Kepimpinan Brunei-Singapura-Malaysia

3 Oktober 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima lawatan daripada peserta Program Pembangunan Kepimpinan Brunei-Singapura-Malaysia yang mana para peserta berpeluang memahami lebih mendalam mengenai Wawasan Negara.

Taklimat bagi Program Jati Diri Kohort Ke-4 dan Ke-5

​2 Oktober 2023 - Seramai 252 pelatih yang terdiri daripada pelajar iSkill Kohort Ke-4 dan Kohort Ke-5 di bawah Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Taklimat bagi Program Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (Intermediate Staff Course, ISC) Siri 23/2023

27 September 2023 - Seramai 42 peserta Program Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (Intermediate Staff Course, ISC) siri 23/2023 telah mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Peserta ISC terdiri daripada pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB),Pasukan Polis Diraja Brunei (RBPF) dan pegawai tentera dari Republik Indonesia, Singapura, Cambodia dan Malaysia. Program tersebut dianjurkan oleh ABDB yang dijalankan mulai 28 Ogos hingga 1 Disember 2023.

Taklimat bagi Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) kali Ke-30

12 September 2023 - Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri merupakan salah satu pengisian bagi Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) kali ke-30.

Taklimat bagi Program Eksekutif Muda (YEP) Kohot ke-8

11 September 2023 - Seramai 29 peserta Program Eksekutif Muda (YEP) kohot ke-8 diberikan pendedahan meluas mengenai usaha-usaha dan perkembangan negara semasa taklimat Wawasan Brunei 2035. Taklimat daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri itu merupakan sebahagian daripada pengisian YEP yang dijalankan selama 12 minggu. Ianya diadakan di Bilik Idtirab, Aras 1, IPA.

Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)

4 September 2023 - Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri terus diberigakan melalui Kursus Induksi yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan.

Taklimat bagi Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN)

21 Ogos 2023 - Dalam usaha untuk memastikan semua pihak berganding bahu dalam sama-sama menjayakan Wawasan Negara, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 khusus kepada Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. Taklimat tersebut diadakan di Dewan Serbaguna, KHEDN.

Taklimat bagi Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU)

8 Ogos 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 khusus kepada Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bertempat di Dewan Melor, KHEU.

Taklimat bagi Program Induksi Institut Perkhidmatan Awam

7 Ogos 2023 - Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri merupakan sebahagian daripada pengisian Program Induksi bagi pegawai yang baru berkhidmat dalam Bahagian I, II, III, IV dan V yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Taklimat tersebut dhadiri seramai 74 pegawai dan kakitangan dari beberapa Kementerian dan Jabatan yang diadakan di di Dewan Israq, IPA.

Aktiviti Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan

2 Ogos 2023 - Sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan, beberapa aktiviti menarik terus dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia, dan Sukan, dengan kerjasama Young Professionals Network Brunei, melalui Youth Connect Open Space. Acara tersebut berlangsung sepanjang tiga hari, bermula 1hb sehingga 3hb Ogos 2023 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Pameran Wawasan Brunei 2035 semasa Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang Ke-18

1 Ogos 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu&#39;izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar &#39;Ali Saifuddien Sa&#39;adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke pameran Wawasan Brunei 2035 dan Sustainable Development Goals (SDGs) semasa Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang Ke-18 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas

Taklimat bagi Minggu Ta'aruf KUPUSB Sesi Pengajian 2023 / 2024

​27 Julai 2023 –Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada 269 pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) yang menghadiri Minggu Ta&#39;aruf KUPUSB Sesi Pengajian 2023 / 2024, yang bertempat di Dewan Tarbiah, KUPUSB.

Taklimat bagi Minggu Ta'aruf UNISSA Sesi 2023/2024

25 Julai 2023 - Seramai 428 pelajar yang baru memasuki Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 semasa Minggu Ta&#39;aruf UNISSA Sesi 2023/2024. Mahasiswa dan mahasiswi terdiri daripada 315 pelajar dalam program Pra-Siswazah; dan 113 pelajar dalam program siswazah.

Taklimat bagi Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO)

18 Julai 2023 - Seramai 27 pegawai Pengurusan Pertengahan telah mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) kali ke-34 yang dianjurkan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Jabatan Perdana Menteri.

Pameran Kebahasaan Sempena Sambutan Bulan Bahasa 2023

5 Julai 2023 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri ikut serta dalam Pameran Kebahasaan Sempena Sambutan Bulan Bahasa 2023 bagi mendukung usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dalam sama-sama memartabatkan bahasa Melayu.<br><br>

Taklimat bagi Peperiksaan Kenaikan Pangkat Bahagian III bagi Pegawai-Pegawai Tauliah Tetap dan Khas Leftenan/Leftenan Madya ke Kapten/Leftenan (Laut) bagi tahun 2023

​28 Jun 2023 – Seramai 75 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 sebagai persiapan para pegawai yang akan menduduki Peperiksaan Kenaikan Pangkat Bahagian III bagi Pegawai-Pegawai Tauliah Tetap dan Khas Leftenan/Leftenan Madya ke Kapten/Leftenan (Laut) bagi tahun 2023.

Taklimat bagi Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 13/2023

26 Jun 2023 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri menerima lawatan daripada peserta-peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 13/2023. Kursus Maktab Turus (Command and Staff Course) dikendalikan selama 40 minggu yang bermula pada 09 Januari 2023.

Lawatan Sambil Belajar dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE)

19 Jun 2023 – Beberapa tenaga pengajar dan penuntut daripada Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Wawasan Brunei (PWB).

Taklimat bagi Tahun 6 Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS)

20 Jun 2023 - Wawasan Brunei 2035 adalah aspirasi negara menjelang tahun 2035 untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia sebagai salah sebuah negara yang maju dalam pendidikan, kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi dan ekonomi yang kukuh.

Taklimat bagi Program Jati Diri Kohort 3

19 Jun 2023 - Bagi melahirkan generasi muda yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, peserta Program Jati Diri Kohort 3 menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)

17 Jun 2023 – Taklimat mengenai hala tuju Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan melalui Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Seramai 139 pegawai dan kakitangan dari beberapa Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang baru berkhidmat berpeluang mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan Isyraq, IPA.

Pameran dan Taklimat bagi Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2023

12 Jun 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri mengambil bahagian sebagai penyelaras bersama dalam Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2023 anjuran Perspective Insan Academy. Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Jun 2023 bertujuan untuk membantu para belia untuk bergiat lebih aktif dalam melaksanakan program dan projek yang dapat membantu dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

Taklimat bagi Induksi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED)

8 Jun 2023 - Sebagai usaha berterusan dalam mendukung mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri meneruskan lagi pemberigaan semasa Induksi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi pegawai baharu tahun 2023.

Taklimat bagi Pasukan Pemantauan Projek-projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN)

5 Jun 2023 - Beberapa pegawai dan kakitangan daripada Pasukan Pemantauan Projek-projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN) menghadiri Knowledge Sharing Session yang diadakan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut hadir untuk menyampaikan taklimat mengenai perkembangan Wawasan Negara.

Taklimat bagi Mentor-Mentor Konvensyen Pemimpin Muda Brunei

1 Jun 2023 - Mentor-mentor undangan bagi Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (BYLC) 2023 telah menghadiri sesi taklimat daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri bagi persediaan konvensyen berkenaan.

Taklimat bagi PUJA Academy Sdn Bhd

30 Mei 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dijemput oleh PUJA Academy Sdn Bnd (PASB) untuk menyampaikan seminar 30 mE“The Wawasan Brunei 2035 Report (2015-2022)&quot;. Seramai 50 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan, ahli-ahli Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA), dan pakar-pakar dari industri pembinaan telah menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah, Pengarah, PWB.

Taklimat bagi Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei

20 Mei 2023 – Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dihadiri seramai 20 pegawai dan kakitangan baharu Radio Televisyen Brunei (RTB) yang diadakan di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023M anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB)

1 Mei 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu&#39;izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar &#39;Ali Saifuddien Sa&#39;adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke pameran Wawasan Brunei 2035 semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023M anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Program Latihan Secara Dalaman Taklimat Induksi bagi Jabatan Perdana Menteri (Proper)

15 April 2023 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 bagi Program Latihan Secara Dalaman Taklimat Induksi bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).<br><br>Sekurang-kurangnya 150 pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hadir mendengarkan taklimat yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) bagi PPDB

​<br><br>27 Mac 2023 - Para pegawai daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan beberapa Jabatan dan Kementerian telah menghadiri taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) bagi PPDB yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA) dengan kerjasama PPDB.

Pameran dan Taklimat Wawasan Brunei 2035 Brunei MSME Festival 2023

18 Mac 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri mengambil bahagian dalam Festival Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Negara Brunei Darussalam (Brunei MSME Festival) 2023 anjuran Darussalam Enterprise (DARe) yang berlangsung selama empat hari bermula pada 16 Mac 2023 di Dewan BRIDEX 1 dan 2 dengan tema “DARe to Innovate: Growth &amp; Resilience through Innovation&quot;.

Taklimat bagi Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu Tahun 2023

28 Februari 2023 – Dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, Pejabat Wawasan Brunei (PWB) dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) meneruskan lagi pemberigaan semasa Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu Tahun 2023 anjuran Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik.

Lawatan Sambil Belajar Universiti Brunei Darussalam

15 Februari 2023 – Kira-kira 21 pelajar dan pensyarah daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengikuti lawatan sambil belajar ke Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Lawatan tersebut diselitkan dengan taklimat dan beberapa aktiviti daripada PWB.

Lawatan Sambil Belajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

14 Februari 2023 – Seramai 12 orang pelajar dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam

13 Februari 2023 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) meneruskan pemberigaan Wawasan Brunei 2035 melalui taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Kursus yang dikendalikan oleh IPA dihadiri seramai 135 pegawai dan kakitangan dari beberapa Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang baru berkhidmat. Taklimat tersebut diadakan di Dewan Isyraq, IPA.

Taklimat bagi Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-1

9 Februari 2023 – Sebagai usaha ke arah merealisasikan Wawasan Negara, seramai 550 belia Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-11 telah menghadiri taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Taklimat bagi Program Eksekutif Muda Kohot Ke-7

7 Febuari 2023 – Seramai 28 peserta Program Eksekutif Muda Kohot Ke-7 telah mengikuti taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei. Taklimat diadakan di Bilik Ittijah, Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

Taklimat bagi Second Echelon Civil Service Exchange Programme (CSEP)

31 Januari 2023 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat mengenai Delivering Priorities of the Wawasan Brunei 2035 kepada 21 peserta Second Echelon Civil Service Exchange Programme (CSEP) yang ke-20 anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dan Civil Service College (CSC) Republik Singapura. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan Ittisal, IPA.

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI WAWASAN BRUNEI 2035 KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2023

​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu&#39;izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar &#39;Ali Saifuddien Sa&#39;adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 kali pertama bagi tahun 2023. Mesyuarat tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Peringkat Pertengahan (EDPMMO) Kohot Ke-33

26 Januari 2023 – Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 telah dihadiri oleh 28 peserta Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Peringkat Pertengahan (EDPMMO) Kohot Ke-33 yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri menyampaikan taklimat tersebut di Dewan Ittijah, Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)

12 Dis 2022 - Taklimat mengenai hala tuju Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan melalui Kursus Induksi anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Ekspo Produk Tempatan 2022

3 Disember 2022 - Sempena Brunei December Festival, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri mengambil bahagian dalam Ekspo Produk Tempatan 2022 untuk menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada orang awam. Ekspo tersebut berlangsung selama empat hari bermula pada 1 Disember 2022 di Dewan BRIDEX 1 dan 2.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Bengkel ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) on Public Service Delivery Reform through Cross-Agency Coordination

29 Nov 2022 - Bengkel ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) on Public Service Delivery Reform through Cross-Agency Coordination yang berlangsung secara dalam talian mendedahkan para peserta kepada perkembangan negara ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035. Taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri dihadiri oleh seramai 30 pegawai kanan dari negara-negara ASEAN serta pemerhati dari Sekretariat ASEAN dan Timor-Leste.

Program Masyarakat Bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei

23 November 2022 - Seramai 60 peserta Program Masyarakat yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Penerbangan Awam, stakeholders Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Jemaah dan Muslimah Masjid Jame Asr&#39; Hassanil Bolkiah, Masjid Universiti Brunei Darussalam dan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pg Anak Damit serta wakil Warga Emas Berakas telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

8th Singapore-Brunei Youth Leadership Exchange Programme (SBYLEP)

21 November 2022 - Seramai 30 peserta 8th Singapore-Brunei Youth Leadership Exchange Programme (SBYLEP) yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda dari Negara Brunei Darussalam dan Singapura telah mempelajari lebih mendalam mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri.

Program Masyarakat Bermaklumat bagi Jemaah dan Muslimah Masjid Al-Muhtadee Billah Kampong Sungai Kebun

21 November 2022 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri terus mendukung Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) anjuran Jabatan Penerangan dengan mengadakan pemberigaan Wawasan Brunei 2035 kepada seramai 50 jemaah dan muslimah daripada Masjid Al-Muhtadee Billah Kampong Sungai Kebun yang diadakan di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.

Program Masyarakat Bermaklumat bagi Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah RPN Kg Mentiri, Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah Kg Sungai Akar dan Masjid Kg Sungai Bunga

15 November 2022 - Jabatan Penerangan terus memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat bermasyarakat dan isu-isu semasa melalui Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) kepada rakyat di negara ini. Antara acara yang diterapkan dalam program tersebut ialah Taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Program Masyarakat Bermaklumat bagi Muslimah Masjid-Masjid Daerah Brunei dan Muara

​29 Oktober 2022 - Kira-kira 40 Muslimah Masjid-masjid Daerah Brunei dan Muara menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Auditorium, Jabatan Penerangan. Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang diungkayahkan oleh Jabatan Penerangan.

Bengkel Rangka Peluang: Pride in BSP

26 Oktober 2022 - Pembangunan sesebuah negara di masa hadapan amat bergantung kepada penglibatan semua pihak sama ada kerajaan mahupun sektor swasta melalui pendekatan senegara, adalah antara perkara yang ditekankan di dalam taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Hjh Huraini binti POKSJDP Hj Hurairah, Pengarah Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bengkel Rangka Peluang: Pride in BSP.

Program Jati Diri Kohort 1 (Sesi II)

18 Oktober 2022 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) meneruskan lagi pemberigaan mengenai Wawasan Brunei 2035 kali kedua kepada Platun 4, 5 dan 6 bagi Program Jati Diri Kohort 1 yang berlangsung di Kem Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong.

Kursus Induksi Perkhidmatan Awam - Jabatan Kehakiman Negara

​17 Oktober 2022 - Dalam meningkatkan kesedaran mengenai wawasan Negara, kira-kira 24 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan Kehakiman Negara telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Program Jati Diri Kohort I (Sesi I)

11 Oktober 2022 - Dalam meningkatkan pengetahuan belia mengenai matlamat wawasan Negara, kira-kira seramai 200 peserta Program Jati Diri Kohort 1 menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kursus Staf Pertengahan Siri 22/2022

​4 Oktober 2022 - Dalam mempertingkatkan pengetahuan mengenai wawasan Negara, peserta Kursus Staf Pertengahan Siri 22/2022 yang terdiri daripada pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, dan Angkatan Bersenjata dari luar negara menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035.

BSP Bersatu Open Week

4 Oktober 2022 - Inisiatif-inisiatif dan perkembangan mengenai Wawasan Brunei 2035 adalah antara perkara yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada warga Brunei Shell Petroleum Company Sdn Bhd (BSP) semasa BSP Bersatu Open Week.

Kursus Induksi RTB Ke 54

26 September 2022 - Lebih kurang 30 orang peserta Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei (RTB) Ke-54 telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.

Program Perkembangan Eksekutif Siri 17/2022

21 September 2022 - Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada 30 orang peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 17/2022 yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF). Ianya bertempat di Dewan Kuliah, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, MINDEF.

Program Sivik Mahasiswi/Mahasiswa

31 Ogos 2022 – Seramai 50 peserta Program Sivik Mahasiswa/Mahasiswi menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Program tersebut dianjurkan kali pertama bagi tahun 2022 oleh Jabatan Penerangan, JPM yang berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.

Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam

8 Ogos 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang ikut serta Kursus Induksi yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), JPM.

Program Kepimpinan Autoriti Petroleum

6 Ogos 2022 – Seramai 110 pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (Autoriti Petroleum) menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ianya diadakan di Dewan Theatre Utama, JPM.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali Minggu Ta'aruf Tahun 1 Sesi 2022/2023

28 Julai 2022 – Dalam meningkatkan kesedaran mengenai pencapaian serta cabaran dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, seramai 350 pelajar baharu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB). Ianya berlangsung di Pusat Khidmat Bakti Negara, Temburong.

Universiti Teknologi Brunei Minggu Orientasi Sesi Akademik 2022/2023

19 Julai 2022 – Lebih 500 orang pelajar yang baru memasuki Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menghadiri Taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna, UTB.

Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 12/2022

27 Jun 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri menerima lawatan daripada peserta Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 12/2022.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

​13 Jun 2022 – Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat kepada pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Auditorium, Markas Akademi Pertahanan ABDB, Kampung Tanah Jambu.

Kursus Induksi Radio Televisyen Brunei

​30 Mei 2022 – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai usaha merealisasikan wawasan negara melalui pendekatan seluruh senegara, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Radio Televisyen Brunei (RTB). Taklimat tersebut berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Pasukan Polis Diraja Brunei Tahun 2022

​26 Mac 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Pasukan Polis Diraja Brunei (RBPF) Tahun 2022. Acara berlangsung di Bilik Eksekutif, Bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Bengkel Mengenai Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Program Pembangunan (UNDP) Dalam Pelaksanaan Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan

9 Mac 2022 - Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri buat julung kalinya menjadi hos bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Program Pembangunan (United Nations Development Programme, UNDP) bagi bengkel mengenai peranan UNDP dalam menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals, SDGs) pada 9hb Mac 2022 yang telah diadakan secara maya.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Pegawai Muda yang Mengikuti Program Eksekutif Muda Kohot Ke-6

19 Februari 2022 - Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Wawasan Brunei telah mengadakan Taklimat Wawasan Brunei 2035 secara dalam talian kepada pegawai-pegawai muda Program Eksekutif Muda Kohot Ke-6 (6th YEP). Taklimat tersebut telah dikendalikan dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam sama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-38 dengan tema &quot;Menjayakan Wawasan Negara&quot;.

Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Green Brunei dan Majlis Belia Brunei

10 Februari 2022 - Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Taklimat Wawasan Brunei 2035 di Dewan Teater, JPM. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh 41 orang pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang sedang menjalankan Discovery Year dengan Green Brunei dan Majlis Belia Brunei.

Majlis Pelancaran Buku Bacaan dan Video Promosi Wawasan Brunei 2035

18 Ogos 2020 - Jabatan Perdana Menteri hari ini telah mengadakan majlis pelancaran buku bacaan dan video promosi Wawasan Brunei 2035 di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri. Hadir di Majlis tersebut Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua selaku Timbalan Pengerusi Bersama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama;&nbsp; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

Taklimat kepada Kementerian Tenaga pada 8hb Julai 2020

Taklimat kepada Kementerian Tenaga pada 8hb Julai 2020

Taklimat bagi Warga Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

STWB memberikan taklimat kepada Warga Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

Taklimat bagi Akademi Pertahanan Angaktan Bersenjata DiRaja Brunei

Pakatan Sang Jati Dusun Mengenali Wawasan 2035

Pakatan Sang Jati Dusun (PSJD) dan warga puak Dusun telah mendengar talkimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada&nbsp; bertempat di Pusat Pakatan Sang Jati Dusun, Bukit Udal, Tutong Sempena Sambutan Adau Gayoh 2018

Program Masyarakat Bermaklumat Kampong Penanjong

Pencerahan Wawasan bagi peserta Program Perkampongan Sivik

Taklimat Wawasan bagi Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan telah mengadakan sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 untuk pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan.

Pegawai dan Kakitangan Jabatan Mufti mengenai Wawasan Brunei 2035

The Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Prime Minister’s Office continues to conduct briefings on Wawasan Brunei 2035 to ministries and departments in 2018. The first session for this year will be at State Mufti’s Office. A total of 70 officers and staffs from the State Mufti’s Department attended the briefing.

Rombongan daripada UNISSA membuat pendekatan terhadap Wawasan Brunei 2035

UNISSA telah membuat lawatan ke Jabatan Perdana Menteri untuk membuat pendekatan terhadap Wawasan Brunei 2035.

Peserta Kursus Singapore's 37th Foundation mengenali Wawasan Brunei 2035

Taklimat Wawasan bukan saja disampaikan kepada warga negara Brunei Darussalam malah pihak-pihak luar negeri juga berkeinginan untuk tahu tentang Wawasan Brunei 2035.

Penglibatan sektor swasta dalam menjayakan Wawasan 2035

Merealisasikan Wawasan Brunei 2035, sokongan padu daripa kesemua pihak termasuk pihak swasta dan badan bukan kerajaan adalah sangat penting. Dengan itu, pihak Progressif Celluar Sdn. Bhd. (PCSB) telah mengadakan sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 untuk pada kakitangan nya.

Taklimat kepada peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan ke 7

Pemberigaan kepada warga belia merupakan salah satu komponen penting dalam strategi pemberigaan Wawasan Brunei 2035 oleh itu sebuah sesi taklimat dan bengkel yang telah diberikan bagi peserta PKBN bagi pengamilan ke 7.

Energy and Industry Department receives Wawasan Talk

Dalam usaha untuk memastikan maklumat mengenai Wawasan Brunei 2035 adalah diketahui oleh pegawai dan kakitangan, Jabatan Tenaga dan Perindustrian telah mengadakan satu sesi taklimat Wawasan Brunei 2035