Sign In

Archives

Majlis Pelancaran Buku Bacaan dan Video Promosi Wawasan Brunei 2035

Jabatan Perdana Menteri, Selasa, 28 Zulhijjah 1441 bersamaan 18 Ogos 2020

Jabatan Perdana Menteri hari ini telah mengadakan majlis pelancaran buku bacaan dan video promosi Wawasan Brunei 2035 di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri. Hadir di Majlis tersebut Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua selaku Timbalan Pengerusi Bersama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.  Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan jemputan-jemputan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam ucapan alu-aluan telah menyentuh mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana Baginda telah menekankan bahawa Wawasan Brunei 2035 perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. Dengan kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Tertinggi Wawasan, Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 telah melaksanakan beberapa initiatif di bawah Program Komunikasi Wawasan Brunei 2035 yang dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran awam dalam mendukung usaha-usaha pelaksanaan Wawasan Brunei 2035. Ini termasuk penyediaan bahan promosi, mengadakan sesi pemberigaan dan taklimat awam bagi pihak-pihak yang berkepentingan, menghasilkan iklan radio dan menyediakan laman sesawang Wawasan Brunei 2035 iaitu www.wawasanbrunei.gov.bn. Semua usaha adalah khusus bagi menumpuk kefahaman dan penghayatan di setiap lapisan masyarakat untuk memastikan semua pihak akan berganding bahu untuk sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035.

Majlis telah menyaksikan Pelancaran Buku-Buku Wawasan Brunei 2035 bagi Sekolah Rendah dan Menengah, diikuti dengan penyerahan buku-buku berkenaan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Menteri Pendidikan. Buku-buku akan diagihkan kepada Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah serta perpustakaan-perpustakaan di seluruh Negara dan E-book akan diterbitkan di laman sesawang Wawasan Brunei 2035. Penerbitan buku bacaan ini adalah hasil usaha bersama Jabatan Perkembangan Kurriklum, Kementerian Pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis seterusnya diikuti dengan acara pelancaran video promosi Wawasan Brunei 2035 oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Video promosi terbitan sebuat Syarikat Media tempatan memberikan gambaran dan pesanan utama (key messages) berkenaan dengan Wawasan Brunei 2035 terutama sekali mengenai tiga matlamat Wawasan Brunei 2035. Video-Video ini akan dimainkan melalui saluran-saluran televisyen Kerajaan serta media sosial pihak kerajaan.

Taklimat kepada Kementerian Tenaga pada 8hb Julai 2020

Taklimat kepada Kementerian Tenaga pada 8hb Julai 2020

Taklimat bagi Warga Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

STWB memberikan taklimat kepada Warga Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

Taklimat bagi Akademi Pertahanan Angaktan Bersenjata DiRaja Brunei

Pakatan Sang Jati Dusun Mengenali Wawasan 2035

Pakatan Sang Jati Dusun (PSJD) dan warga puak Dusun telah mendengar talkimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada  bertempat di Pusat Pakatan Sang Jati Dusun, Bukit Udal, Tutong Sempena Sambutan Adau Gayoh 2018

Program Masyarakat Bermaklumat Kampong Penanjong

Pencerahan Wawasan bagi peserta Program Perkampongan Sivik

Taklimat Wawasan bagi Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan telah mengadakan sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 untuk pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan.

Pegawai dan Kakitangan Jabatan Mufti mengenai Wawasan Brunei 2035

The Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Prime Minister’s Office continues to conduct briefings on Wawasan Brunei 2035 to ministries and departments in 2018. The first session for this year will be at State Mufti’s Office. A total of 70 officers and staffs from the State Mufti’s Department attended the briefing.

Rombongan daripada UNISSA membuat pendekatan terhadap Wawasan Brunei 2035

UNISSA telah membuat lawatan ke Jabatan Perdana Menteri untuk membuat pendekatan terhadap Wawasan Brunei 2035.

Peserta Kursus Singapore's 37th Foundation mengenali Wawasan Brunei 2035

Taklimat Wawasan bukan saja disampaikan kepada warga negara Brunei Darussalam malah pihak-pihak luar negeri juga berkeinginan untuk tahu tentang Wawasan Brunei 2035.

Penglibatan sektor swasta dalam menjayakan Wawasan 2035

Merealisasikan Wawasan Brunei 2035, sokongan padu daripa kesemua pihak termasuk pihak swasta dan badan bukan kerajaan adalah sangat penting. Dengan itu, pihak Progressif Celluar Sdn. Bhd. (PCSB) telah mengadakan sesi taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 untuk pada kakitangan nya.

Taklimat kepada peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan ke 7

Pemberigaan kepada warga belia merupakan salah satu komponen penting dalam strategi pemberigaan Wawasan Brunei 2035 oleh itu sebuah sesi taklimat dan bengkel yang telah diberikan bagi peserta PKBN bagi pengamilan ke 7.

Energy and Industry Department receives Wawasan Talk

Dalam usaha untuk memastikan maklumat mengenai Wawasan Brunei 2035 adalah diketahui oleh pegawai dan kakitangan, Jabatan Tenaga dan Perindustrian telah mengadakan satu sesi taklimat Wawasan Brunei 2035